Wednesday 4 May 2016

Tuesday 29 March 2016

Image not loading problem in facebook.

Im also have this problem. but after i check it, finally i found the problem come from where. pls watch that video. Thanks :)

https://www.youtube.com/watch?v=pVbxFzVtUg0


Thursday 1 January 2015

Ilmu Pengetahuan!: INDAHNYA KEMAAFAN

Ilmu Pengetahuan!: INDAHNYA KEMAAFAN: B ermaaf-maafan adalah antara sifat terpuji yang perlu dilakukan sepanjang masa. Firman Allah bermaksud : "Dan perbuatan kamu bermaaf-m...

INDAHNYA KEMAAFAN

Bermaaf-maafan adalah antara sifat terpuji yang perlu dilakukan sepanjang masa. Firman Allah bermaksud : "Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa".(Surah al-Baqarah, ayat 237). Menurut Iman Al-Ghazali, pengertian maaf itu ialah apabila anda mempunyai hak untuk membalas, lalu anda gugurkan hak itu, dan bebaskan orang yang patut menerima balasan itu, dari hukum qisas atau hukum denda.

Dalam sebuah hadis Allah berfirman yang bermaksud : "Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, Wahai Tuhanku!, manakah hamba-Mu yang lebih mulia menurut pandanganMu?"
Allah berfirman : "ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya) dapat segera memaafkan."

Dari hadis itu, Allah menjelaskan bahawa hamba yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang berhati mulia, bersikap lembut, mempunyai toleransi tinggi dan bertolak ansur terhadap musuh.

Dia tidak bertindak membalas dendam atau sakit hati terhadap orang yang memusuhinya, walaupun telah ditawannya, melainkan memaafkannya kerana Allah semata-mata. Orang yang seperti inilah yang dikenali berhati emas, terpuji kedudukannya di sisi Allah. Memaafkan lawan di mana kita berada dalam kemenangan, kita berkuasa, tetapi tidak dapat bertindak sekehendak hati. Inilah sifat mulia dan terpuji.

Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa. Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta. Sifat 'tidak kenal maaf' atau 'tiada maaf bagimu' adalah sifat syaitan. Ia akan membawa keretakan dan kerosakan dalam pergaulan bermasyarakat. Masyarakat aman damai akan terwujud jika anggota masyarakat itu memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahawa manusia tidak terlepas daripada salah dan silap.

Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.



  1. Apabila marah hendaklah mengucap " A'uzibillahiminassyaitanirrajim" (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).
  2. Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk, jika duduk hendaklah segera berdiri.
  3. Orang yang sedang marah, sunat baginya mengambil wuduk dengan air yang dingin. Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api, manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.



Firman Allah lagi bermaksud : "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa". (Surah Ali Imran, ayat 133-134)

Ayat ini membuktikan bahawa orang yang menahan kemarahannya, termasuk dalam golongan Muttaqim iaitu orang yang bertakwa kepada Allah. Tambahan pula Allah akan memberikan pengampunan kepada mereka, lalu menyediakan mereka balasan syurga. Alangkah besarnya dan hebatnya ganjaran bagi menusia pemaaf.

Jadi, bermaaf-maafanlah kita untuk memulakan episod baru dalam kehidupan kita. Setiap orang hanya menusia biasa yang serba kekurangan yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Semoga Allah mengampun kita semua kerana Dialah Tuhan yang Maha Pengampung lagi Maha Mengasihani.

Kredit : Titisan Pena KKTK